December 19th, 2017

Rancangan Nona yang disiarkan pada petang Ahad di TV3 sudah sinonim di kalangan masyarakat Malaysia. Ia ranjangan berbentuk majalah yang udah bersiaran lebih 30 tahun, dan untuk 2018 bakal menampilkan pelakon cantik manis, Mira Filzah sebagai pengacaranya.

Satu sidang media telah diadakan di Sri Pentas 18 Disember lepas untuk mengumumkan pemilihan Mira Filzah.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Bersempena pemilihannya, Mira Filzah menulis di Instagram:
e6d88474-dc8b-45da-a57c-de8c20b891a6
e8992e1d-8ca6-43e0-81ac-f869cfdd2f88

Mira Filzah mengakui pernah hadir ke uji bakat pengacara Nona beberapa tahun lepas, namun hanya terpilih kini setelah bergelar aktres. Mira punya karisma dan pengikut tersendiri, sesuai untuk mengacara rancangan seperti Nona.  Sebelum ini antara selebriti yang pernah mengacara rancangan ini ialah Norjuma Habib, Vanida Imran, Maya Karin, Neelofa, Fara Fauzana dan Fouziah Gous.

Tak sabar menyaksikan kebolehan Mira Filzah mengendalikan rancangan Nona. Selamat maju jaya diucapkan. – beautifulnara.com

Kredit gambar: Instagram Mira Filxah


Comments are closed.

Loading...