September 15th, 2015

Tugas seorang suami tidak lain tidak bukan adalah mempertahankan isterinya dalam apa jua keadaan selagai ia tidak bertentangan dengan agama. Selepas Rozita Che Wan menarik diri daripada menjadi juri Akademi Fantasia 2015, Zain Saidin melahirkan sokongannya terhadap keputusan yang telah diambil oleh isterinya itu. Malah Zain sendiri melahirkan rasa tidak faham dengan teguran yang telah dilakukan oleh pengetua AF2015, Edry KRU kepada Che Ta.

che ta

Untuk makluman, menurut Che Ta, Edry telah pun memaki dirinya ketika ‘live show’ iaitu ketika Che Ta sedang memberikan komen. Sayangnya pada ketika itu, kamera tidak sempat merakamkan perbuatan Edry tersebut. Kata Che Ta:-

Tapi dia (Edry) maki saya ketika live show semasa saya sedang beri komen tapi kamera tak sempat nak ambil gambar dia

Menurut Zain, Che Ta hanya berlaku jujur dalam memberikan komen dan kritikan kepada pelajar-pelajar AF2015. Kata Zain:-

Saya tidak boleh kata apa-apa dalam hal ini memandangkan setiap pihak ada pandangan masing-masing. Cuma apa yang saya tidak faham cara teguran Edry kepada Che Ta.

Sebenarnya Che Ta agak terkejut dengan tindakan Edry dan membuat keputusan menarik diri daripada program itu selepas yakin dia tidak akan boleh bekerjasama lagi.

Mengenali dia, saya yakin isteri saya hanya mahu menjadi jujur sebagai pengkritik. Mungkin tidak semua pihak mampu terima apa yang cuba disampaikan Che Ta tetapi memang dia ditugaskan dengan itu.

Saya ada beri pendapat, mungkin dia boleh lupakan sahaja, tetapi apa-apa keputusan juga kena datang daripada dia. Jika dia sudah muktamad dengan keputusan tarik diri, saya sokong

che ta

Abang Nara tak tahu komen bagaimana yang telah dilontarkan oleh Che Ta sehingga menyebabkan Edry menegurnya. Senang cerita, Abang Nara tak layan AF2015. Yang pasti, setiap tahun AF pasti akan dilanda kontroversi. Kalau dulu kontroversi di kalangan pelajar, kali ini ‘pergaduhan’ antara pengkritik dan pengetua pula. Inilah namanya rancangan realiti. Apa kata anda? Sumber Utusan Malaysia.


Comments are closed.

Loading...