January 26th, 2017

Bakal bergandingan sekali lagi bersama Fattah Amin dalam sebuah drama yang bakal memulakan penggambaran sekitar bulan Mac ini, Neelofa sedar mereka sekali lagi akan menjadi bualan hangat ramai. Menurut Neelofa, beliau bukan ingin memberikan harapan palsu kepada peminat dan akui beliau juga tidak boleh mengawal impian peminat untuk melihat beliau dan Fattah ke jinjang pelamin.

Kami hanya menjalankan tugas sebagai pelakon. Saya tidak boleh mengawal andaian, impian serta angan-angan peminat yang mahukan kami ke jinjang pelamin kerana itu semua diciptakan mereka.

Hubungan saya dengan Fattah sekadar rakan sahaja dan saya hanya berjumpa dengan dia di acara yang memerlukan kami hadir bersama. Fattah seorang yang sangat berterus-terang mengenai perasaannya dan tidak adil apabila ada pihak menghukumnya.

Pernah tercetus salah faham kerana Fattah memberikan kenyataan sudah bertemu dengan keluarga Neelofa dan meminta izin mereka untuk berkawan dengannya, Neelofa bagaimanapun memberitahu Fattah sudah memohon maaf secara peribadi berkaitan kekeliruan yang tercetus.

Sebenarnya Fattah tersilap dengar soalan yang ditanyakan pihak media dan dia sudah meminta maaf kepada saya.

Mungkinkah gandingan mereka kali ini akan mencetuskan fenomena sekali lagi? Sama-sama kita nantikan. Berita gembira la bukan buat peminat Neelofa dan Fattah Amin.

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...