November 2nd, 2017

Baru-baru ini kecoh dengan isu pengacara Nabil Ahmad yang dianggap tidak profesional dan biadap oleh netizen kerana gurauan kasarnya terhadap penyanyi Hazami.  Netizen juga menganggap aksi Nabil memegang leher Hazami sebagai gangguan seksual.

Ingin menjernihkan keadaan, Hazami memberitahu beliau sebenarnya tidak tersinggung dengan gurauan Nabil. Malah, Nabil juga sudah memohon maaf kepadanya.

Disebabkan jarang muncul di televisyen, peminat tidak biasa melihat situasi seperti itu dan mereka ingat saya dibuli. Hubungan saya dengan Nabil rapat kerana kami saling mengenali sejak 12 tahun lalu. Kalau kami bukan rakan rapat, tidak mungkin Nabil berani buat sebegitu. Nabil pun sudah minta maaf di belakang pentas selepas selesai acara.

Namun, saya tidak mengambil hati kerana GV4 adalah program hiburan. Saya juga tidak mahu salahkan sesiapa kerana isu terbabit.

Hazami berharap isu ini tidak lagi berpanjangan dan mahu peminat setia Gegar Vaganza terus terhibur menonton rancangan tersebut. Apa-apa pun, penulis masih berpendapat sesetengah lawak itu haruslah tidak menimbulkan sebarang fitnah ataupun tanggapan negatif orang lain.

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...