March 14th, 2016

Fouziah Gous sejak kebelakangan ini sering dihimpit gosip panas, selain dituduh sebagai pelakon wanita yang dengki dengan gaun resepsi perkahwinan Anzalna, kini ada pihak mempertikaikan tindakannya membuka akaun Instagram untuk anaknya Muhammad Zeeshan sejak sebelum lahir lagi.

Ada yang mendakwa Fouziah sengaja ingin membuatkan anaknya popular seperti anak artis lain kerana dapat menggunakan kesempatan itu untuk meraih pendapatan lain.

Walaubagaimanapun Fouziah menafikan perkara berkenaan dan menjelaskan tujuan beliau membuka akaun Instagram tersebut kerana ingin mengabdikan setiap memori untuk diceritakan kepada Zeeshan kelak.

Memang masa mengandung lagi saya cakap dengan suami nak ada Instagram untuk anak. Ia sebagai tempat untuk berkongsi mengenai perkembangannya dan satu hari nanti saya akan tunjukkan pada dia.

Disebabkan itu setiap gambar atau video yang dimuat naik ke akaunnya akan disertakan dengan tarikh. Jadi bukan niat saya untuk popularkan dia.

Tidak dinafikan Instagram merupakan medium untuk menyimpan segala kenangan dan detik indah dalam kehidupan kita, namun dalam rasa seronok memuat naik foto , kena hati-hati juga dengan mata jahat yang sering memerhati.

Sumber Berita : Kosmo!


Comments are closed.

Loading...