March 7th, 2016

Apabila dakwaan mengenai seorang pelakon wanita berambut hitam yang dengki dengan busana perkahwinan Anzalna Nasir tersebar, ada pihak yang mendakwa bahawa pelakon tersebut adalah Fouziah Gous. Pelbagai tuduhan dan kritikan yang diterima oleh beliau berkenaan isu itu.

Agak tenang menghadapi tuduhan sebegitu, Fouziah menerusi portal Sinar Harian mengatakan beliau tidak mempunyai sebab untuk cemburu dengan Anzalna. Malah, mereka berdua sebenarnya agak rapat.

Saya rasa sangat mengarut dan kelakar bila ada yang mengaitkan saya sebagai individu yang dengkikan baju persandingan Anzalna, walaupun saya tak pernah membaca gosip tersebut.

Tak ada sebab untuk saya berbuat seperti itu kerana hubungan kami agak rapat dan sebelum majlis perkahwinan Anzalna lagi, kami sudah berbual mengenai baju yang dihasilkan oleh Cosry.

Fouziah juga menjelaskan beliau  ada memuji rekaan baju pengantin Anzalna menerusi akaun Instagramnya.

Kalau ada yang mengaitkan saya sebagai individu yang cemburukan Anzalna menerusi status di lama Instagram saya, saya rasa mereka tak pandai baca.

Terang-terang saya letakkan hashtag baju pengantin win (menang) dan saya juga naikkan status itu dalam nada bergurau. Bagi saya setiap wanita ada kecantikan mereka yang tersendiri.

Tidak semestinya Fouziah Gous sahaja pelakon wanita yang berambut hitam lebat bukan? Hehe..apa-apun harap pelakon yang dengki itu insaflah. Tiada guna cemburukan orang lain.

Sumber Berita : Sinar Harian


Comments are closed.

Loading...