Saya Tiada Masa Untuk Panjangkan Isu Tersebut – Nad Zainal Enggan Balas Kenyataan Bekas Pengurus

Hiburan

Saya Tiada Masa Untuk Panjangkan Isu Tersebut – Nad Zainal Enggan Balas Kenyataan Bekas Pengurus

Semalam, bekas pengurus kepada Nad Zainal iaitu Alog Zuren telah mendedahkan sikap sebenar artis tersebut yang berlagak sombong selepas Nad menuduh beliau melarikan sejumlah wang serta menjadi orang disebalik pembubaran kelab peminatnya.

Advertisement

Merasa berang dengan kenyataan Nad menerusi satu progran hiburan dan gosip sensasi di Malaysia (Melodi) , Along telah memuat naik sebuah video dimana pelakon tersebut duduk dalam keadaan tidak sopan dan asyik bermain telefon sehingga tidak menghiraukan peminatnya serta anak-anak yatim yang cukup teruja berjumpa dengan beliau dalam satu majlis yang diadakan sekitar bulan Ramadhan lepas.

Sehubungan dengan perkara tersebut, Nad telah tampil memberi penjelasan dan memberitahu kenyataan yang dibuat oleh Alog adalah kerana salah faham semata-mata dan meminta agar tiada pihak mudah melenting kerana beliau tidak menyebut sebarang nama sewaktu mengulas mengenai perkara berkenaan di Melodi.

nad zainal

Berikut adalah penjelasan penuh Nad:-

Kalau boleh saya enggan mengulas lanjut berhubung hal ini kerana ia adalah salah faham semata-mata dan ada pihak yang cepat melenting .

Saya tidak bertujuan untuk mengaibkan sesiapa kerana bukan saya yang mencari wartawan sebaliknya mereka yang mengajukan soalan berhubung isu itu. Saya sendiri terkejut kerana tidak menyangka ia menjadi isu berbangkit.

Saya tidak akan melatah dan membalas kenyataan yang dibuat oleh dia (bekas pengurus). Banyak yang perlu saya uruskan dan saya tiada masa untuk memanjangkan isu ini.

Tidak dapat dinafikan dalam video tersebut jelas Nad Zainal langsung tidak menghargai anak-anak yatim yang bersungguh-sungguh serta teruja sewaktu membuat persembahan di hadapan beliau. Isu ini sudah menjadi hangat dan kami rasa ramai yang menginginkan penjelasan sebenar daripada Nad mengenainya dan bukan bersikap untuk lari daripada masalah.

Kalau tiada angin kenapa pokok boleh bergoyang? Buktikan anda berada di pihak yang benar dan ia sekadar salah faham sahaja.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...