Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bekas Pengurus Muat Naik Video Nad Zainal Bersikap Kurang Ajar Dengan Anak Yatim

Bekas pengurus Nad Zainal, Alog Zuren berang dengan tuduhan pelakon itu bahawa dia melarikan sejumlah wang dan menjadi dalang pembubaran kelab peminatnya.

Sehubungan itu, dia telah memuat naik satu video menunjukkan Nad duduk dalam keadaan tidak sopan dan tidak mempedulikan anak-anak yatim dalam satu program yang berlangsung di sebuah rumah anak yatim Ramadan lepas.

Advertisement


 photo alog-facebook-1-7f.jpg
 photo alog-facebook-7f.jpg
Menerusi BH Online, bekas pengurus itu mendakwa sudah hilang sabar dengan Nad.

Saya sudah lama berdiam diri kerana kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menjaga aib satu sama lain. Namun, kesabaran saya seperti teruji apabila dia (Nad) membuat kenyataan sebegitu di Melodi.

Ini bukan kali pertama, ..saya sudah dikhabarkan mengenai perkara ini beberapa kali. Jujur saya katakan tuduhan yang dilemparkan kepada saya tidak berasas.

Saya tidak teragak-agak untuk mengeluarkan bukti yang ada demi membersihkan nama baik saya. Bukan niat untuk memburukkan sesiapa namun Nad yang memulakan perkara ini.

Video yang dimuat naik oleh Alog jelas menunjukkan Nad asyik bermain telefon dan tidak mempedulikan seorang kanak-kanak yang cuba beramah-tamah dengannya.

Kasihan pula melihatkan kanak-kanak itu teruja tetapi tidak dilayan oleh Nad. Mungkin benar generasi baru lebih berminat dengan komunikasi dalam talian dan tidak mahu pula berkomunikasi di dunia sebenar. Ish ish ish…speechless.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top