“Saya Tetap Dapat Jumpa Anak Walaupun Dia Failkan Hak Penjagaan” – Syamsul Puji Sikap Profesional Sarah

Hiburan

“Saya Tetap Dapat Jumpa Anak Walaupun Dia Failkan Hak Penjagaan” – Syamsul Puji Sikap Profesional Sarah

Pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof memaklumkan hubungannya dengan anak-anak masih kekal baik walaupun sedang berhadapan kemelut rumah tangga bersama isteri pertama, Puteri Sarah Liyana.

Menurut Syamsul atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, isterinya memberikan kerjasama yang baik untuk dia berjumpa dengan kedua anak mereka iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Advertisement

Alhamdulillah, saya jumpa anak-anak saya. Sarah pun beri kerjasama yang baik walaupun dia failkan hak penjagaan.

Bukan itu sahaja, pengarah berusia 39 tahun itu turut memuji sikap Sarah yang kekal profesional berkaitan urusan anak.

Selama ini pun walaupun kami ada masalah, saya dan Sarah bersikap profesional pasal anak, masing-masing bagi kerjasama.

Menurut laporan Mstar, Syamsul telah hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi sebutan kes nusyuz terhadap Puteri Sarah.

Bagaimanapun, kes tersebut telah ditangguhkan pada 8 Mei selepas Sarah difahamkan tidak dapat hadir ke Mahkamah kerana berada di luar negara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Puteri Sarah liyana syamsul yusof nusyuz
1 year ago

"Ramadan, Ramadan, Saya Nak Jaga Lisan" - Syamsul Yusof Hadir Ke Mahkamah Bagi Tuntutan Nusyuz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...