“Ramadan, Ramadan, Saya Nak Jaga Lisan” – Syamsul Yusof Hadir Ke Mahkamah Bagi Tuntutan Nusyuz

Hiburan

“Ramadan, Ramadan, Saya Nak Jaga Lisan” – Syamsul Yusof Hadir Ke Mahkamah Bagi Tuntutan Nusyuz

Pengarah terkenal, Syamsul Yusof hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur kira-kira jam 9.10 pagi bagi sebutan kes nusyuz terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

Dia dilihat hadir bersama peguam syarie yang mewakilinya iaitu Azmi Mohd Rais.

Advertisement

Ditemui media, pengarah filem Munafik itu kelihatan tenang dan meminta agar peminat di luar sana mendoakan yang baik-baik bagi permasalahan yang dihadapinya kini.

Alhamdulillah ok. Doakan yang baik- baik, bulan puasa. Saya pun nak jagalah, tak nak mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya, ramadan, ramadan.

Sementara itu, Puteri Sarah tidak hadir dan hanya mewakilkan peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kadir. Difahamkan aktres itu kini sedang berada di luar negara untuk tuntutan kerja.

Terdahulu, Syamsul menafikan tujuan dia membuat tuntutan nusyuz itu adalah untuk membalas dendam sebaliknya hanya mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.

Dalam tuntutan tersebut, Puteri Sarah didakwa telah meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, masih menghubungi bekas kekasih dan memfitnah Syamsul memukul serta tidak memberi nafkah terhadap dirinya dan anak-anak.

syamsul yusof ira kazar
1 year ago

"Bini No.2 Tak Reti Jaga Ke Sol? Serabai" - Syamsul Yusof 'Upload' Foto Bahagia Bersama Anak-Anak, Lain Pula Netizen Persoal

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...