Sedia maklum, pelakon, Haneesya Hani sedang berlakon dalam drama Aku Bukan Ustazah, di mana ia merupakan pilihan ramai ketika ini.
Berlakon di kelab malam, mabuk
Haneesya yang memegang watak sebagai Sally akui akan menangis selepas menjayakan watak mabuk dan berada di kelab malam kerana trauma teringat kisah lama.
Saya dah menangis-nangis dah. Habis berlakon babak mabuk, saya terus akan menggigil dan pergi tandas.
View this post on Instagram
Imej pernah tercalar
Katanya lagi, dia sedar imejnya sudah tercalar dalam sebuah insiden selepas menjuari program Dewi Remaja edisi 18/19.
Tipulah kalau saya kata komen mereka tak meninggalkan kesan. Apatah lagi, bila drama ni keluar. Orang akan kata ‘eh ni bukan budak dewi.. memang sesuailah dia pegang watak macam ni’. Saya takut.
Sekadar info, drama Aku Bukan Ustazah ditayangkan di TV3 setiap hari Isnin hingga Jumaat yang turut dibintangi oleh MK K-Clique, Erysha Emyra, Zahiril Adzim dan ramai lagi.