“Saya Tertanya-Tanya Juga Kenapa..” – Hun Haqeem Akhirnya Bersuara Tentang Isu Bersama MIG, Terkejut Bila Kecoh Semula

Hiburan

“Saya Tertanya-Tanya Juga Kenapa..” – Hun Haqeem Akhirnya Bersuara Tentang Isu Bersama MIG, Terkejut Bila Kecoh Semula

Pelakon yang semakin meningkat popular, Hun Haqeem berkata dia terkejut dengan dakwaan bekas pihak pengurusnya, MIG dan penerbit David Teo yang telah menuntut ganti rugi sebanyak RM600K susulan isu penamatan kontrak lebih awal.

Tidak mengeluarkan kenyataan sebelum ini

Menurut aktor ini, dia tidak pula mengeluarkan sebarang kenyataan dan turut mempersoal mengapa kesnya itu perlu didedahkan kepada orang ramai. Katanya, sebelum ini dia berdiam diri kerana ingin menjaga nama baik industri.

Advertisement

Saya terkejut juga kerana kes ini dah berjalan sejak 2020. Semasa pusingan pertama dan keputusan memihak kepada saya, tiada apa-apa kenyataan pun yang saya buat sebab matlamat saya untuk menjaga nama baik industri.

 

Bila tiba-tiba ia keluar, saya tertanya-tanya juga kenapa ia muncul semula.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hun Haqeem (@hunhaqeem)

Ingin berdamai secara profesional

Pada masa yang sama, pelakon drama bersiri W: Two Worlds ini turut berkata dia terbuka untuk berdamai secara profesional dengan bekas syarikat pengurusan dan David Teo.

Menurut Hun, ketika di mahkamah, dia menyapa David dengan baik menunjukkan tiada sebarang dendam antara mereka berdua. Pelakon ini juga sedia untuk memberi kerjasama dengan mahkamah dalam kesnya itu.

Saya pun semasa di mahkamah, kalau David ada, saya salam. Saya okay saja dengan dia. Tak ada menyimpan dendam atau apa-apa, sebab dunia ini kecil saja. Saya tak mahu buat benda tak baik kepada orang kerana kita akan berjumpa semula.

 

Kita semua mesti nak selesaikan benda ini dengan baik. Apa saja perintah mahkamah, saya turutkan. Saya tak pernah mengelak atau apa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hun Haqeem (@hunhaqeem)

Terdahulu, David Teo mendedahkan kes saman yang dikenakan pada pelakon Hun Haqeen dan meminta bayaran ganti rugi berjumlah RM613,950.

hun
2 months ago

"Bagai Kacang Lupakan Kulit.." - Didakwa Punca MIG Alami Kerugian, Pelakon Hun Haqeem Disaman Lebih RM600K

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...