“Bagai Kacang Lupakan Kulit..” – Didakwa Punca MIG Alami Kerugian, Pelakon Hun Haqeem Disaman Lebih RM600K

Hiburan

“Bagai Kacang Lupakan Kulit..” – Didakwa Punca MIG Alami Kerugian, Pelakon Hun Haqeem Disaman Lebih RM600K

Ekoran pelanggaran kontrak bersama syarikat Metrowealth International Group (MIG) pada 2021, pelakon popular, Hun Haqeem telah diminta untuk membayar ganti rugi berjumlah lebih RM600K.

Penjelasan David Teo

Menurut Pengarah Urusan MIG iaitu David Teo, keputusan tersebut diterima oleh Mahkamah Rayuan pada 27 November lalu. Difahamkan sebelum ini, Mahkamah Shah Alam telah memutuskan kes ini selesai tanpa ada pihak yang menang atau kalah namun pihaknya telah membuat rayuan.

Advertisement

Mahkamah membenarkan rayuan daripada pihak kami dan Hun diminta untuk membayar ganti rugi sebanyak RM 613,950 dengan syarat kami tampilkan bukti-bukti kos kerugian.

 

Dia juga diminta untuk bayar kembali wang berjumlah RM 30, 240 iaitu bayaran tunggakan kepadanya yang pernah kami bayar sebelum ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by David Teo (@davidteo99)

Alami banyak kerugian

Tambahan pula, David Teo mendedahkan bahawa syarikatnya itu telah banyak menanggung kerugian hasil langgaran kontrak oleh pelakon tersebut. Katanya, dia telah mengambil tindakan undang-undang kerana Hun seperti sudah melupakan jasa syarikat tersebut yang membantunya.

Dia sudah tanda tangan kontrak, jadi dia tetap salah. Dia keluar pun ketika namanya sedang meningkat. Bagai kacang lupakan kulit.

 

Ketika itu banyak tawaran kerja termasuk menjadi duta tetapi dia menolak. Disebabkan itu kami alami kerugian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hun Haqeem (@hunhaqeem)

Untuk info, Hun Haqeem telah membayar separuh daripada jumlah ganti rugi iaitu berjumlah RM30,240. Terdahulu, tular apabila aktor ini meninggalkan MIG dan memilih untuk tidak bergantung pada mana-mana syarikat.

kaka
3 months ago

"Saya Dah Bergerak Sendiri.." - Selepas Kontrak Ditamatkan, Kaka Azraff Minta Nasihat Dan Sokongan Menteri Komunikasi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...