“Saya Dah Bergerak Sendiri..” – Selepas Kontrak Ditamatkan, Kaka Azraff Minta Nasihat Dan Sokongan Menteri Komunikasi

Hiburan

“Saya Dah Bergerak Sendiri..” – Selepas Kontrak Ditamatkan, Kaka Azraff Minta Nasihat Dan Sokongan Menteri Komunikasi

Demi memikirkan masa hadapan kariernya, penyanyi Kaka Azraff telah mengambil inisiatif sendiri untuk berjumpa dengan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan meminta pendapat dan nasihat berkenaan hala tuju kariernya selepas tidak lagi bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman.

Tidak keseorangan

Menurut Kaka, dia bersyukur kerana meskipun negara tidak mempunyai akta khusus berkaitan muzik, kerajaan masih mengambil tahu tentang karya anak seni di Malaysia.

Advertisement

Saya bersyukur dan gembira sebab tahu saya tidak keseorangan. Menteri cuma mahu dengar daripada saya apa yang telah terjadi. Saya juga maklumkan apa yang saya akan lakukan untuk karier saya selepas ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K A (@kakaazraff)

Perlu sokongan untuk masa hadapan

Pada masa yang sama, penyanyi ini turut menyatakan bahawa dirinya sudah ada perancangan tentang kariernya yang perlu bergerak sendiri tanpa sokongan dari syarikat rakaman. Namun, Kaka juga perlu sokongan dari kerajaan untuk berbuat demikian.

Untuk tahun ini saya lebih memikirkan mengenai perancangan yang perlu dilakukan. Saya dah bergerak sendiri sebagai penyanyi. Itu memerlukan keyakinan yang tinggi.

 

Sebenarnya, anak seni patut tahu, kita ada kerajaan yang boleh membantu, bukan syarikat rakaman sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K A (@kakaazraff)

Sebelum ini, kontrak Kaka telah ditamatkan oleh syarikat rakamannya, Warner Music Malaysia atas sebab didakwa lantang bersuara mengenai isu peperangan di Palestin.

Kaka azraff
5 months ago

"Wtf, F*cking Fagg*t!" - Komen Perkataan Tidak Sopan Di Akaun IG Pelakon Pro-Isr*el Punca Kaka Azraff Digugurkan Dari Warner Music

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...