“Wtf, F*cking Fagg*t!” – Komen Perkataan Tidak Sopan Di Akaun IG Pelakon Pro-Isr*el Punca Kaka Azraff Digugurkan Dari Warner Music

Hiburan

“Wtf, F*cking Fagg*t!” – Komen Perkataan Tidak Sopan Di Akaun IG Pelakon Pro-Isr*el Punca Kaka Azraff Digugurkan Dari Warner Music

Semalam, syarikat rakaman Warner Music Malaysia mengumumkan bahawa penyanyi Kaka Azraff tidak lagi menjadi artis naungan mereka berikutan tindakannya yang menggunakan perkataan tidak sopan yang dikirim kepada pelakon Australia pro- Israel, Nithaniel Buzolic beberapa minggu lalu.

Kaka Azraff merupakan seorang artis yang sangat berbakat tetapi malangnya, kami terpaksa berpisah dengannya disebabkan penggunaan bahasa tertentu dalam mesej langsung yang dipaparkan dalam talian.

Advertisement

Ujar wakil syarikat rakaman itu lagi, mereka berdiri teguh atas perjuangan serta hak kebebasan bersuara artis mereka namun jika keterlaluan tanpa mengambil kira kumpulan, bangsa atau agama, pihak mereka akan mengambil tindakan sewajarnya.

Sebelum ini, nama Kaka Azraff menjadi bualan hangat warga maya setelah namanya antara yang tersenarai dalam laman web Jew Hate Database sebagai salah seorang artis pro- Palestin.

Komen

Laman web zionis itu juga turut menjalankan kempen menjatuhkan penyanyi itu dan mendedahkan kepada umum syarikat rakaman yang menaunginya sebagai artis mereka.

Sebelum ini, syarikat Warner Music Group ada memuat naik hantaran di Instagram yang menyatakan pendirian merekan menyokong Israel Zionis selain melabel pejuang Hamas sebagai kumpulan pengganas.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Syura
5 months ago

"3 Ekor Tu Artis Sampah, Menyanyi Pun Sendu" - Syura Badron Kesal Dikecam Isu Saman Siti Nordiana, Gesa Permohonan Maaf Atau Sampai Surat Saman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...