Sering kali mengambil cuti, seorang juruteknik yang bekerja di syarikat minyak dan gas diberhentikan kerja kerana perlu menguruskan isteri dan anak.
Memetik laporan Utusan Malaysia, Ruzman Hamid, 41, dari Kampung Batu Enam, terpaksa berada di samping isteri, Engku Zuria Azura Engku Mat Arif, 40, semenjak isterinya itu disahkan menghidap ketumbuhan pada rahang.
Dalam pada itu, anaknya, Nur Aisya Humaira, 13, pula menghidap hypo tiroid mendapatkan rawatan hampir setiap minggu di Hospital Kemaman dan Hospital Dungun.
Menurut Azura, keluarganya hilang punca pendapatan dan kadangkala terpaksa menunggang motosikal sejauh 60 kilometer berseorangan ke Kemaman kerana tidak mempunyai wang untuk membaiki dan mengisi minyak kereta.
Kalau tak ada duit, saya tunggang sendiri motosikal, sementara suami terpaksa jaga anak di rumah sebab dua lagi anak saya masih kecil, berusia 11 dan tiga tahun.”
Tambahnya lagi, dia juga terpaksa ponteng daripada menjalani rawatan terapi dan berjumpa dengan pakar kerana masalah kewangan.
Pernah juga saya terpaksa ponteng rawatan terapi dan jumpa pakar sebab tak ada duit.”
Bercerita lebih lanjut, keluarga berkenaan juga sedang buntu dan hanya menunggu masa untuk keluar dari rumah sewa selepas mempunyai tunggakan sewa lebih tiga bulan yang berjumlah hampir RM2,000.
Ruzman turut memberitahu telah melakukan pelbagai cara untuk menyara keluarga namun disebabkan keadaan isteri dan anak yang bergantung kepada ubat dan rawatan menyebabkan dia tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya kepada pekerjaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah: