“Saya Terpaksa Jaga Pemakanan Dengan Ketat..” – Rosyam Nor Kongsi Tips Jaga Kesihatan

Hiburan

“Saya Terpaksa Jaga Pemakanan Dengan Ketat..” – Rosyam Nor Kongsi Tips Jaga Kesihatan

Di usia 57 tahun, pelakon popular, Datuk Rosyam Nor berkongsi tips penjagaan kesihatannya untuk sentiasa kekal cergas dan cerdas.

Menurut Gempak, Rosyam Nor berkata dia mengawal ketat pengambilan makanannya serta mengelakkan diri dari mengambil gula dengan berlebihan.

Advertisement

Pemakanan perlu dijaga. Apabila metabolisme badan mula berkurang pada usia begini, saya terpaksa jaga pemakanan dengan lebih ketat

Saya elakkan pengambilan gula yang berlebihan kerana gula merupakan salah satu punca utama penyakit yang membunuh manusia

rosyam nor

Rosyam Nor turut berkata dia bimbang akan keadaan rakyat Malaysia yang mungkin akan berdepan masalah kencing manis kerana makanan yang dibeli di luar kebanyakkan terlalu manis.

Pelakon Memoir Seorang Guru itu turut menambah dia menjaga tubuh badannya dengan melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh seperti mencuci kereta demi menjaga kesihatannya.

rosyam nor

Apa-apa pun kesihatan perlu dijaga selain bersenam. Pastikan badan sentiasa berpeluh, walaupun seminggu sekali. Buatlah apa-apa kerja seperti mencuci kereta asalkan berpeluh. Itulah yang saya sering lakukan untuk menjaga kesihatan

rosyam
9 months ago

"Saya Yang Jadi Pelakon, Biarlah.." - Rosyam Nor Enggan 'Expose' Keluarga Di Media Sosial, Kekal Dengan Prinsip Sejak Dulu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...