“Saya Yang Jadi Pelakon, Biarlah..” – Rosyam Nor Enggan ‘Expose’ Keluarga Di Media Sosial, Kekal Dengan Prinsip Sejak Dulu

Hiburan

“Saya Yang Jadi Pelakon, Biarlah..” – Rosyam Nor Enggan ‘Expose’ Keluarga Di Media Sosial, Kekal Dengan Prinsip Sejak Dulu

Pelakon terkemuka Datuk Rosyam Nor kekal dengan prinsip hidupnya yang tidak mendedahkan wajah keluargnya meskipun dirinya sudah terkenal di seluruh Malaysia. Menurutnya, ia berbaloi apabila isteri dan anak-anaknya dapat hidup seperti orang biasa dan tak menjadi perhatian media.

Tak kongsi wajah keluarga

Kata Rosyam, dirinya enggan mendedahkan identiti keluarganya sejak di awal kariernya sebagai seorang pelakon lagi. Katanya, sejak dulu dia akan meminta media tempatan untuk tidak merakam wajah ahli keluarga ketika berada di tempat umum.

Advertisement

Selain itu, aktor ini turut menjelaskan sekiranya pada eranya sudah wujud media sosial sekalipun, Rosyam tidak akan berkongsi hal-hal peribadi.

Memang sejak dulu saya minta media tidak rakamkan gambar ketika bersama ahli keluarga dan mereka pun hormati permintaan ini kerana memahami niat saya.

 

Ada saja saya bawa anak isteri keluar, cuma bukan kongsikan foto dengan khalayak sampailah wujudnya era media sosial, pendirian saya tetap sama. Saya yang jadi pelakon, biarlah anak-anak jalani hidup macam budak lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam)

Hanya kongsi wajah cucu

Namun demikian, katanya selepas itu media sosialnya hanya digunakan atas alasan kerja dan berkaitan dengan kariernya serta aktivi harian sahaja. Tambahan pula, Rosyam hanya pernah memuat naik cucunya sahaja di media sosial ketika dirinya bergelar seorang datuk.

Ini cara saya, artis lain tak perlu pun ikut atau tak bermakna pilihan saya ini saja yang betul. Kongsi atau tidak terpulang kepada diri masing-masing.

 

Adalah sekali dua saya masukkan gambar cucu pertama. Datuk mana tak gembira dianugerahkan cucu penyambung generasi? Selepas itu sudah tak ada saya kongsi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam)

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rosyam
4 months ago

"Alamak Ai Kecoh Betul.." - Rosyam Nor Tak Sangka Akan Viral, Tampil Mohon Maaf Atas Kecelaruan Yang Berlaku

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...