“Saya Terpaksa ‘Distract’ Sebab…” – Netizen Tuduh KJ ‘Propa’ Tunjuk Anak Vaksin, Jururawat Bertugas Pula Kata…

Kehidupan

“Saya Terpaksa ‘Distract’ Sebab…” – Netizen Tuduh KJ ‘Propa’ Tunjuk Anak Vaksin, Jururawat Bertugas Pula Kata…

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dituduh ‘propa’ selepas beliau memuat naik video ketika anak lelakinya diberikan suntikan vaksin Covid-19.

Meskipun sudah menunjukkan situasi itu, netizen mendakwa mereka masih kurang yakin malah ada yang memerli beliau dan berkata anaknya disuntik air 100 plus sahaja.

Advertisement

anak KJ cucuk vaksin
2 years ago

"Cucuk Air 100 Plus Tu.."- KJ Dituduh 'Propa' Tunjuk Anak Ambil Suntikan Vaksin COVID-19

Bagaimanapun, melalui sebuah video dimuat naik di Facebook Kementerian Kesihatan, jururawat wanita yang bertanggungjawab memberikan suntikan tersebut kepada anak Khairy Jamaluddin telah tampil memberi penjelasan.

Kata jururawat yang tidak didedahkan namanya itu, dia telah mengikuti prosedur yang ditetapkan termasuklah menunjukkan botol vaksin kepada ibu dan ayah kanak-kanak.

Saya tunjukkan cara saya keluarkan vaksin daripada botol dan volum dalam picagari.”

Penjelasan diberikannya itu adalah bertujuan untuk menangkis dakwaan netizen bahawa dia membuang cecair vaksin untuk anak Khairy Jamaluddin sebelum menyuntiknya.

Katanya lagi, dia terpaksa turunkan jarum ke bawah sedikit untuk mengalihkan perhatian kanak-kanak itu.

Difahamkan, ketika itu kedua-dua Menteri Kesihatan dan isterinya, Nori Abdullah ada bersama anak meraka, Raif ketika vaksinasi diberikan.

Dia berada dekat dengan saya, jadi kalau saya tunjuk jarum dia akan takut. Saya terpaksa distract dan minta dia kira dari satu hingga sepuluh.”

Jururawat itu turut meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang andaian dan tuduhan.

Katanya lagi, dia hanya menjalankan tanggungjawab untuk memastikan ia berjalan dengan selancar boleh dan keselesaan kanak-kanak menjadi keutamaan mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...