“Cucuk Air 100 Plus Tu..”- KJ Dituduh ‘Propa’ Tunjuk Anak Ambil Suntikan Vaksin COVID-19

Berita

“Cucuk Air 100 Plus Tu..”- KJ Dituduh ‘Propa’ Tunjuk Anak Ambil Suntikan Vaksin COVID-19

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengesahkan di laman media sosialnya bahawa anak bongsunya telah menerima suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 untuk Kanak-Kanak (PICKids).

Advertisement

Menerusi perkongsian video pendek terbabit, Khairy berkata anaknya, Raif telah selesai mengambil dos pertama di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Dalam pada itu, beliau turut sempat menyarankan agar ibu bapa segera mendaftarkan anak-anak mereka bagi mendapatkan suntikan vaksin.

Bagaimanapun, ‘posting’ tersebut tidak mendapat maklum balas yang baik dari sesetengah netizen, dimana mereka mendakwa tindakan KJ memuat naik video tersebut hanyalah lakonan dan ‘propa’ semata-mata.

komen tiktok

Malah, ada juga secara berseloroh berkata suntikan yang diterima oleh anaknya itu hanyalah terkandung dari air biasa serta air berkarbonat.

Sehingga kini, hantaran video di platform TikTok itu telah mendapat lebih dari 1 juta tontonan dan hampir 100,000 tanda suka diterima dari pengguna media sosial tersebut.

Kalau anda tak rajin nak membaca, kami juga ada podcast ringkasan untuk artikel ini jom dengar!

KJ
2 years ago

"Saya Sudah Daftar Vaksin Untuk Anak Saya" - Khairy Jamaluddin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...