Written by AbangNara | February 20th, 2019

Tahun lalu, satu Malaysia dikejutkan dengan berita penahanan Farid Kamil yang didakwa positif ganja. Sehingga ke hari ini, kes tersebut masih dibicarakan di mahkamah. Sudah pasti ia sedikit sebanyak menganggu kehidupan Farid Kamil bersama keluarganya, terutama apabila isterinya Diana Danielle merancang untuk melanjutkan pelajaran ke Los Angeles, Amerika Syarikat.

farid kamil

Menurut Farid Kamil, apa yang telah terjadi merupakan satu pengalaman pahit yang tidak mungkin akan dilupakan. Katanya:-

(Sambil melepaskan hela panjang). Sukar untuk saya lupakan perkara yang terjadi dalam hidup saya. Saya yakin tidak akan pernah melupakan pengalaman pahit itu selagi hidup.

Sekarang saya masih dalam perbicaraan. Kami telah memohon penangguhan tarikh memandangkan peguam bela yang mewakili saya dalam kes ini masih belum sembuh (selepas mengalami kemalangan). Saya amat berharap proses perbicaraan berjalan dengan lancar.

Saya terlalu penat untuk melalui proses naik turun mahkamah. Malah, akibat kes ini banyak urusan peribadi dan kerjaya seni telah tergendala. Seperti ramai sedia maklum, saya dan Diana merancang untuk menyambung pengajian ke luar negara. Agenda ini akan tergendala sehingga proses perbicaraan selesai.

Sekiranya gagal untuk mendapatkan pasport, saya terpaksa membenarkan Diana sahaja ke luar negara untuk meneruskan pengajian

farid kamil

Apa yang telah terjadi tidak boleh diubah. Namun semuanya perlu dijadikan pengajaran untuk Farid Kamil lebih berhati-hati dan tidak mengulangi kesilapan yang sama di masa hadapan. Semoga kes perbicaraan kes pelakon ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin. Sama-sama kita doakan. Sumber Kosmo.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

20 responses to Saya Terlalu Penat Untuk Melalui Proses Naik Turun Mahkamah – Farid Kamil

  1. meetomato says:

    kaya betul diorang ni. farid kamil & diana ni ade successful business ke? berlakon pun…bknnya every yr kan berlakon

    mcm selevel dgn yusry & lisa, can go everywhere they like. yusry takde hal la, mmg ade empayar due to kru success..

  2. Eliesa says:

    Diana baru nak meniaga home made scrub, produk baru nak bina nama, tapi nak melanjutkan pelajaran pulak…

  3. JoyahBawangCincin says:

    Kau fikir dengan petik “study overseas” tu boleh meningkatkan persepsi positif atau harga diri kau?
    Orang lain pun study overseas DAN PULANG LULUS ..GRADUASI ..BERIJAZAH.
    kau dan isteri kau?

  4. Anonymous says:

    Biarlah…mereka buat keputusan..takde kena mengena dgn kita

  5. faraj says:

    Mengaku salah pastu dok Pusat 4 tahun..senang jer…..tak yah naik turun Mahkamah…!!!