Written by Bella | December 19th, 2018

Semalam perbicaraan tentang dakwaan kes dadah, Datuk Farid Kamil telah diadakan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Dalam perbicaraan tersebut, seorang pegawai polis mengesahkan  keputusan awal ujian saringan air kencing  Farid adalah positif dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol.

Menurut, Inspektor Mohd Faizal Abdullah, yang juga saksi pertama pendakwaan itu, proses ujian awal saringan air kencing itu dilakukan di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada 11 Januari lalu, iaitu pada hari sama Farid menimbulkan kekecohan di Balai Polis Trafik Kota Damansara dimana beliau didakwa bertindak kasar dengan menampar seorang anggota polis dan seorang orang awam.

Tangkapan itu dibuat terhadap Farid yang membuat kecoh dan kekacauan di dalam Balai Polis Trafik Kota Damansara dan saya diberi arahan untuk melakukan ujian saringan awal air kencing terhadap tertuduh. Saya menjalankan ujian saringan air kencing terhadap tertuduh bagi memastikan sama ada tertuduh mengambil sebarang dadah ataupun tidak.

Farid juga menandatangani borang akuan pemberi yang menunjukkan tertuduh berpuas hati dengan prosedur pungutan air kencing yang dijalankan.

Pada 25 Januari lalu, Farid mengaku tidak bersalah atas kesalahan menggunakan THC, yang juga dadah terdapat pada ganja di Pejabat Narkotik, IPD Petaling Jaya jam 4.30 petang, tarikh sama.

Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun jika sabit kesalahan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : NSTP SUPIAN AHMAD

20 responses to Polis Sahkan Farid Kamil Positif Dadah Jenis Ganja

  1. nonarogay says:

    ntah la parit. ko nk ape lg. ade ank2 comei. bini cantik.ape yg ko rse keciwe sgt smpai amik dadah. canot brain

    26

    0
    • Anonymous says:

      Zaman skrg ni tak boleh menipu. Nak salahkan polis mmg teknologi canggih. Semua jenis dadah boleh dikesan melalui urine test. Lagi xmo ngaku.. padahal diri sendiri yg bodoh. Mcm jugak keldai dadah. Ko masok aiport je cctv camera dah boleh boleh scan. Kalau dah kaki lalok tu kalu kantoi ngaku je..

      7

      0
    • Budak Sabah says:

      Melayu dan dadah berpisah tiada. Cina ada duit main saham, yang korang main benda haram jadah ni. Lepas tu bangsa sendiri ketinggalan lagi mau salahkan kerajaan bah tak tolong lah apa lah ..memekik di Dataran Merdeka ckp psl hak bumiputera konon. Padahal bah? Podahhh!!

      18

      5
  2. anos says:

    tak ada kh pihak bkenaan ambil tindakan lucut ker aper ker as suatu pengajaran..buat malu jer title2 no meaning at all dah title2 ni

    10

    0
  3. Oh BangsaKu says:

    Hisap sampai tak henggat donia. Dah kantai masih boleh tersengeh-sengeh. Lelaki melayu.. fail memanjang. Tu belum masuk kes pukul bini, liwat budak dan rempit. Lepas tu sibuk pasal ICERD dan ketuanan Melayu. Porahhh… sibuk nk jadi tuan. Padahal SPM semua layak jadi mat despatch!

    12

    5
    • Eh Bangsaku says:

      Lols…49.9% betul ..bab dadah ni majority org kita sendiri.. lepas tu pekik jerit nak pertahan dia saja yang betul.. kerja malas.. nak beli dadah cari duit dgn mencuri.. peras ugut..tunjuk kuasa…
      kasihan bangsaku… sampai bila nak berubah..UMNO pun dah kalah..bangsaku masih disitu…dulu boleh lah salahkan pokjib..sekarang pasti kau tengah cari lah tu nak salahkan siapa lagi atas perbuatan diri sendiri..
      semoga bangsa bangsa di dunia ini bersih dari dadah…
      ia bukan saja Najis Munghallazah..ia Najis paling Najis dalam segala Najis…ia musuh keturunan manusia…

      15

      1
  4. Anonymous says:

    masoklah ko dlm lelaki kategori melayu yg loser!

    2

    0
  5. Anonymous says:

    oh ketuanan melayu! :(((

    2

    3
  6. mak el says:

    hmmmmmmmmmmmmmm mamat sekor ni patut dipenjarakan…………….lalok habih!!!!!!! dah lah bodoh, berlagak pulak…………..bila mau matiiiii

    3

    0
  7. meetomato says:

    hmmmm…my assumption is, could this be the next benjy? tengok & lihat je perkembangan dier ni.

    3

    0
  8. ciK piNgu says:

    ok iols nak tanya uqasha punya kes dulu mcmne? ke power of pussy dikira tutup senyap mcm tu je? dia lalok jugak kan mse kes langgar n ada dadah dlm beg tu kan? tp konon katanya dia melepasi saringan ujian dadah?

    #UqashaLalok
    #DadahDalamHandbagChannel

    12

    0
  9. faraj says:

    Kalau Bangsa Final…..LOw Class..mereka2 ni bawah tapak kaki saya jrr level mereka ni….Baik mereka2 ni Terjun KLCC lagi best..!!!

    1

    0
  10. bukan kucing says:

    aku harap takde manusia yg muncul dan cakap ‘ganja dengan dadah tak sama la’. senang cerita, amik ganja a.k.a benda yg alter kewarasan akal, still salah dalam Islam. it is prohibited! please lah jangan acah moden

    6

    0
  11. non says:

    eh jap aku tengok die elok jer..korang dadah ni boleh d masukkan dri minuman, kalau dia hidu dadah tu nampak lh kesan atau injection nampak lah kesan nya, kalau dri minuman mmg tiada siapa yg tahu

    0

    1
  12. Cik Ayu says:

    Zamani pun mkn ganja d agung² kn juga sendiri mau ingat lah org melayu, saya tak benci zamani dan memang minat kumplan Slam dr dtubuh kn ,but zamani pun d beri peluang , jamal pun mkn dadah org ok je , sal pula farid tak boleh d beri peluang nak kondem farid je…tak minat farid pun just to be fair semua org buat silap…

    3

    6
    • tipahhhh says:

      beza parid dgn jamai n zamal is, deme xpukul orang, tapi si parid ni pukul orang suka ati bini or awek dia. Deme xde pun guna pengaruh or title legend or datok deme nk bagi org respek tp si parid ni siap tanya org2 tu kenal x sapa dia sebelum sekoq2 kena lempang dgn dia. Xde pun dok tarik nama member2 kata buat dajal padahal sendiri ngok ngek mcm di parid buat. Ngerti? Sbb tu org kondem parid ni.

      6

      0
  13. Madah berhelah says:

    sebagai artsi jgn sibuk dh glamour boleh buat apa saja ..darah pun sama merah x de bezanya ..neraka dan syurga gak masuk …knape stiap artis ada beza darjat ker?

    Artis yg betul2 carier is part of their income so buat betul2 jgn suka2 hati nak tampar orang, jijik ke manusia sesama kita ni ?

    Berubah la , glamour x sampai kemana akhirnya kecundang …move on la with yr new life … sb hari2 astro tayangkan muka artis2 dah nama pun media …but we all still do support …accept artis gedik and tahyul je .

    0

    0

Leave a Comment

Optional