Baru-baru ini, pelakon Mak Wan Latah mengakui kehidupannya kini sangat parah dan 2022 merupakan tahun yang mempunyai banyak kenangan buruk kerana terpalit dengan pelbagai kontroversi, bahkan pernikahannya kali ketiga juga gagal.
Oleh kerana rasa kasihan melihat keadaan pelakon yang sudah berumur itu, bekas pembantu peribadi Mak Wan Latah iaitu Nurul Amalina Mohamad Kamal terbuka hati untuk menarik kes saman terhadap aktres terbabit.
Amalina atau mesra dikenali sebagai Amell berkata tidak mahu meneruskan kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Majistret Taiping, Perak itu berlarutan kerana tidak sanggup melihat Mak Wan terus-menerus tanggung derita susulan kes tersebut berjalan.\
Saya buat dakwaan sebelum ini sebab ia melibatkan maruah kerana dituduh mengambil duitnya dan dia pernah meludah saya.
Dalam pada masa yang sama, Amell turut terkejut mendengar khabar Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimatussa’diah Mohd Daud kini tidak mempunyai wang untuk membeli bekalan ubat darah tinggi serta diabetisnya.
Amell juga memberitahu sedang berusaha menghubungi pelakon itu semula untuk memperbaiki hubungan mereka.
Sekadar info, Mak Wan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping pada Julai 2022 lalu kerana didakwa berkelakuan aib meludah Amell namun pelakon itu mengaku tidak bersalah.