Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Terima Dan Hormati Setiap Teguran – Nora Danish

Susulan tampil seksi di dalam Kosmo Ahad baru-baru ini, Nora Danish hari ini memberitahu Harian Metro yang dia menerima dan menghormati setiap teguran yang diberikan terhadap dirinya. Bagi Nora, itu tanda dirinya disayangi oleh peminat-peminat di luar sana.

nora danish

Advertisement

Abang Nara suka dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Nora Danish. Penuh lembut dan tidak melenting. Memang bertambah respek dibuatnya. Kata Nora:-

Begitu juga dengan soal seksi dan berpakaian yang banyak kali saya ditegur. Saya terima dan menghormati setiap teguran itu kerana jujurnya saya melihat ia satu perkembangan yang baik buat diri saya secara peribadi. Setidak-tidaknya mereka sayangkan saya dan kerana itu tidak henti mereka berpesan dan menegur. Ia bagai satu doa yang terus memberikan saya inspirasi positif buat diri saya. Mana tahu, jika pesan itu berterusan ia akan mengubah diri saya. Semua itu kerja Tuhan dan saya terima dengan hati terbuka.

nora danish

Dan ada berita baik yang turut dikongsi oleh Nora Danish kepada jejaka-jejaka di luar sana. Dirinya masih single, masih tiada teman istimewa dan masih mencari si dia yang bertuah. Kata Nora:-

Saya tidak mempunyai sesiapa yang istimewa lagi. Sejak berpisah lebih empat tahun lalu, saya masih sendiri memberi tumpuan penuh kepada kerjaya, keluarga dan keutamaannya pada Rayqal yang makin membesar. Saya bahagia dengan kehidupan sekarang dan sentiasa mengharapkan kebahagiaan ini berterusan. Namun saya ada berkawan dan mengenali beberapa individu. Semuanya hanya kawan dan tidak pernah lebih daripada itu. Jika tertulis saya dipertemukan dengan mana-mana lelaki yang sempurna membimbing, saya akan kongsi dengan peminat nanti. Doakan saja segala yang baik buat saya

Abang Nara agak pelik kenapa tiada orang kenamaan yang cuba mengorat Nora Danish. Selalunya orang secantik Nora Danish ini tidak akan dibiarkan single terlalu lama. Pasti ada mereka yang berkedudukan tinggi akan menyambar seperti helang meragut mangsa. Apa pun Abang Nara doakan agar Nora Danish cepat-cepat bertemu dengan jejaka yang mampu mengisi kekosongan hatinya itu.

P.S: CCTV video berjaya merakamkan pergerakan sejenak yang berlaku di China.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

128 Comments

  1. fasha bini jejai

    September 27, 2012 at 11:20 am

    nora kaki clubbing

  2. GANGNAM STYLE

    September 27, 2012 at 10:27 am

    FASHA S lagi ok dari NORA D now on…kbai

  3. kasturi

    September 27, 2012 at 10:21 am

    Eeee… menyampah betul orang yg komen copy paste ni… serabut… nampak sgt tak matang… nak baca org yang betul2 komen pun susah…

  4. Nona

    September 27, 2012 at 9:50 am

    Nara, tolong lah kau blocked atau buat apa2 aje supaya manusia2 yang kurang kasih sayang nie stop copy & paste. Betul punya irrits. Perangai stop it ehk, buat orang menyumpah!

  5. LULU LALA

    September 27, 2012 at 9:50 am

    ‘Abang Nara agak pelik kenapa tiada orang kenamaan yang cuba mengorat Nora Danish. Selalunya orang secantik Nora Danish ini tidak akan dibiarkan single terlalu lama. Pasti ada mereka yang berkedudukan tinggi akan menyambar seperti helang meragut mangsa’

    geli kot statement ni .. Nara ko tak ya la nak tinggi2 kan sgt org laen … yang aku perasan sekarang ni ko selalu kan backing pompuan seksi … ko tau tak berdose ko backing2 benda yang haram .. buka aurat terdedah sana sinih … aku tau la ni blog kau tapi masaalahnya ko nak org bc blog ko pasal ko nak dpt duet iklan … kalo ko dpt duet dari benda2 yangt haram ko pk la sendiri akibatnya … aku tau aku buat komen harsh giler tapi ko punyer kelakuan ni makin lama makin teruk n ko byk syok sendri .. ko buat la citer2 yang berkhemah n ISLAMIC sket yang memberi manfaat sambil berhibur ., ni ko letak gambar2 seksi pastuh ntah pape ko komen yang mcm menggalakkan dosa plak …

    SORRY LA KALO KO TERASA JUST RAKAN SEISLAM MENEGUR …

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top