“Saya Terganggu, Please Stop” – Nad Zainal Nafi ‘Ex Husband’ Curang, Andaian Netizen Tak Betul

Hiburan

“Saya Terganggu, Please Stop” – Nad Zainal Nafi ‘Ex Husband’ Curang, Andaian Netizen Tak Betul

Sedia maklum, berita mengenai penceraian pelakon hebat, Nad Zainal bersama bekas suami, Muhammad Faliq sememangnya membuat ramai pihak yang terkejut.

Bukan saja ramai yang terkejut, malah ia juga menyebabkan cerita pelakon serta bekas suami itu bercerai menjadi topik bualan orang ramai memandangkan Nad merupakan selebriti.

Advertisement

Selepas mengumumkan sudah berpisah selepas tujuh tahun hidup bersama, pelbagai spekulasi yang timbul mengenai masalah yang dihadapi oleh mereka hingga mengambil keputusan seperti itu dan antaranya adalah Faliq mencurangi pelakon terbabit.

nad zainal ig story

Difahamkan spekulasi ‘curang’ ini timbul apabila tular satu video temubual Nad memberitahu pihak media bahawa dia tidak akan menghalang suaminya untuk pergi tinggalkan dia jika sudah tidak mempunyai perasaan.

Bagi menjawab andaian orang ramai itu, Nad memberitahu di dalam Instagram Story bahawa segala dakwaan yang dilakukan oleh netizen sememangnya tidak benar dan temubual itu untuk rentetan dari tayangan finale Dendam Seorang Isteri.

Pelakon tersebut turut menegaskan penceraiannya bersama bekas suami sememangnya tiada kaitan dengan orang ketiga dan spekulasi yang berbangkit sangat menganggu dirinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

2 years ago

"If You Dah Tak Ada Hati, Cakap Terus Dengan I Tak Payah Tipu-Tipu" - Nad Zainal Beri 'Hint' Konflik Rumah Tangga?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...