“If You Dah Tak Ada Hati, Cakap Terus Dengan I Tak Payah Tipu-Tipu” – Nad Zainal Beri ‘Hint’ Konflik Rumah Tangga?

Hiburan

“If You Dah Tak Ada Hati, Cakap Terus Dengan I Tak Payah Tipu-Tipu” –  Nad Zainal Beri ‘Hint’ Konflik Rumah Tangga?

Baru-baru ini, peminat dunia hiburan dikejutkan dengan berita perpisahan Nad Zainal dan Muhammad Faliq selepas tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga.

Pasangan yang dikurniakan dua anak itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut atau memberikan apa-apa komen tentang isu terbabit.

Advertisement

nad zainal cerai
3 bulan lalu

"Kami Masih Berkawan Demi Anak" - 7 Tahun Bersama, Nad Zainal Sahkan Sudah Bercerai

Bagaimanapun, ketika ditemu bual sewaktu majlis pratonton episod akhir drama Nad seperti memberi hint tentang situasi konflik yang berlaku dalam rumah tangganya sebelum ini.

Saya cakap terus dengan pasangan saya, if you dah tak ada hati then cakap terus dengan I. You tak payah tipu-tipu. I taknak tahu dari orang lain.”

Menerusi temu bual itu, Nad juga berkata dia seorang wanita yang tidak akan memujuk atau bergaduh sebaliknya berpisah saja jika ada masalah. Jelas Nad lagi, dia tidak suka perbesarkan isu kerana apa yang paling penting bagi pelakon ‘Takdir Yang Tertukis’ itu adalah kedua-dua anaknya.

Sementara itu, netizen yang menonton rakaman tersebut mendoakan urusan selebriti berbakat berkenaan selain ada yang memuji tindakannya berani kerana tidak menjadikan konflik atau masalah dihadapi mengganggu kehidupannya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Alin

    September 5, 2022 at 11:41 pm

    Lain orang lain situasinya..

  2. Anonymous

    September 5, 2022 at 6:57 pm

    Macamni barulah matang. Tak perlu menjaja² kisah sedih pedih kecewa duka nestapa airmata dalam rumahtangga kepada umum. Tak kira laki kau jutawan hartawan kaki perempuan..; kalau dah kronik sangat hubungan dengan suami tu asyik menyakitkan hati kau, kau angkat je kaki dengan cara bermaruah. Tak payah terhegeh² atas alasan anak. Jangan sesekali jadikan anak sebagai alasan!! Kalau kau rasa hidup bersama dah tak bahagia, kenapa nak paksa diri? Melainkan dalam kepala otak kau, ada alasan peribadi lain yg kau pertahankan.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...