“Saya Teralpa, Terlampau Minat Bollywood” – Dilabel Liberal & Tak Sensitif Lepas ‘Post’ Pasal Konsert Hrithik Roshan, Uqasha Senrose Bersuara…

Hiburan

“Saya Teralpa, Terlampau Minat Bollywood” – Dilabel Liberal & Tak Sensitif Lepas ‘Post’ Pasal Konsert Hrithik Roshan, Uqasha Senrose Bersuara…

Selepas teruk dihentam sehingga dilabel liberal gara-gara memuat naik hantaran tentang konsert Hrithik Roshan, Uqasha Senrose bertindak memadamnya.

Pelakon itu turut memohon maaf dan mengaku kekhilafannya selepas dituduh tidak sensitif dengan situasi melanda Palestin ketika ini.

Advertisement

Uqasha turut berterima kasih kepada warganet yang menegurnya namun katanya dia tidak boleh menghalang jika ada pengikut yang sudah ‘unfollow’ di Instagram.

hrithik

Isteri kepada Kamal Adli itu turut menegaskan dia serta keluarga merupakan pro Palestin dan kerap berkongsi hantaran tentang konflik yang sedang berlaku namun ia dipadam oleh Instagram.

Saya bukan liberal, bukan neutral. Saya nak perbetulkan di sini ada yang kata saya tak guna media sosial untuk sebar tentang Palestin. Setiap hari saya post, tapi dipadam oleh pihak Instagram.

Perlu ke saya bagitahu semua orang posting saya kena padam? Bila saya kongsi tentang Hrithik Roshan, terus dicop tidak sensitif.

qasha

Dalam pada itu, pelakon berusia 31 tahun tersebut turut berkata dia rasa seperti dibuli dengan komen-komen warganet hanya kerana dia terlepas pandang tentang hal berkenaan.

Saya teralpa sekejap mungkin kerana saya terlampau minat Hindustan, saya teruja. Manusia tak lepas daripada buat kesilapan.

buli
6 months ago

"Aku Harap Uqasha 'Happy' Buat Kawan Aku Macam Tu.." - Individu Yang Dikatakan Pernah Dibuli Uqasha Telah Meninggal Dunia, Rakan Arwah Minta Keadilan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...