“Aku Harap Uqasha ‘Happy’ Buat Kawan Aku Macam Tu..” – Individu Yang Dikatakan Pernah Dibuli Uqasha Telah Meninggal Dunia, Rakan Arwah Minta Keadilan

Hiburan

“Aku Harap Uqasha ‘Happy’ Buat Kawan Aku Macam Tu..” – Individu Yang Dikatakan Pernah Dibuli Uqasha Telah Meninggal Dunia, Rakan Arwah Minta Keadilan

Terkini, seorang individu telah berkongsi cerita pahit kawannya telah meninggal dunia baru-baru ini yang sempat dikatakan menjadi mangsa buli pelakon Uqasha Senrose semasa zaman sekolah dahulu.

Individu ini telah memuat naik kenyataan tersebut di laman Twitternya pada hari Khamis. Katanya, dia mendoakan Uqasha bahagia kerana telah menyakiti arwah temannya. Selain itu, wanita itu juga menggangap duit saman yang tidak diterima pelakon tersebut merupakan ‘bukti’ kesalahan Uqasha.

Advertisement

Semoga Uqasha berbahagia di dunia, court case nak tuntut juta-juta tak dapat?

Apabila ditanya, pelakon drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa ini tiada komen  memandangkan Allahyarham juga sudah tiada ujarnya. Malah, dia menyerahkan isu ini kepada peguamnya. Uqasha juga tidak takut untuk berhadapan dengan keluarga arwah untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Terdahulu, Uqasha Senrose sempat terlibat dalam dakwaan membuli kawan sekolahnya apabila seorang pengguna sosial media membuat pengakuan secara umum soal hal itu.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tt
2023-10-13 11:14:05

"Rosakkan Lagu Elok Dengan Perangai Hodoh" - Ikuti 'Trend Nirmala' Di Tiktok, Uqasha Dan Kamal Adli Dilabel Tak Sensitif

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar