Susulan isu teguran kepada ahli perniagaan Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, PU Syed tampil memberi maklum balas kepada usahawan sensasi itu.
Menurut PU Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 39, segala teguran yang dilakukannya itu selari dengan perintah Allah agar manusia berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.
View this post on Instagram
Tugas kita sebagai manusia ada dua iaitu mengajak berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Tambahnya lagi, tugas tersebut bukan hanya untuk tok imam mahupun ustaz sahaja, malah kita sebagai manusia biasa yang beragama Islam, ia merupakan satu kewajipan untuk menegur.
Dalam pada masa yang sama, PU Syed turut menegaskan bahawa dia bukan mahu mengambil kerja Tuhan tetapi ia merupakan perintah yang telah diberikan oleh Allah S.W.T buat semua umat.
Sementara itu, pendakwah bebas itu juga berkata dia bersedia untuk bersemuka dengan Kak KM jika itu yang diinginkan usahawan tersebut.
Semoga semuanya selesai dengan segera.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Honestopinion
October 8, 2021 at 10:16 pm
But what she said. About the rating tue betul PU sometime press people like other dominate other wife and women supaya tak de kemajuan also cannot that’s why if the women can be better u don’t press people kemajuan itu sebab she’s acting out
Anonymous
October 9, 2021 at 6:09 am
Hmmmmm..tak berapa nak faham apa yang awak cakap. Punctuation pun tak ada. Cakap melayu je kot, senang nak faham.