Sebelum ini, dilaporkan seorang lelaki yang juga bergelar ustaz berusia 37 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Georgetown pada 24 Mac 2021 atas tiga pertuduhan meliwat dan melakukan amang seksual terhadap pelajar berusia 15 tahun ketika itu.
Ibu kepada mangsa liwat ustaz terbabit baru-baru ini meluahkan rasa kecewa kerana maruah anaknya dipandang remeh dan sudah menunggu lebih dua tahun untuk mendapatkan keadilan.
Katanya dalam satu perkongsiaan status di Facebook, Norsuraya Mohd Noor tidak mempunyai sebarang niat untuk menjatuhkan mana-mana tahfiz sedia ada tetapi dia hanya mahu menuntut keadilan buat anak lelakinya.
Hancur hati seorang ibu untuk melihat anak tersayang untuk menjadi seorang Hafiz. Dan, hancur impian seorang anak untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir.
Dalam pada masa yang sama, Norsuraya turut berkongsikan tangkap layar perbualan bersama ‘ustaz’ terbabit yang meminta agar keluarga mangsa pertimbangkan keadaan keluarganya.
Ustaz yang merupakan tenaga pengajar di sekolah tahfiz anak wanita terbabit berharap agar keluarga mangsa tidak perbesarkan isu yang terjadi kerana kesihatan ibu bapa yang tidak berapa baik.
Saya takut keadaan mereka kalau isu ini tersebar.
Tambah ustaz terbabit lagi, dia mengakui bahawa dirinya melakukan hal terkutuk itu terhadap pelajar berkenaan, namun berharap agar diberi peluang kedua memandangkan madrasah tersebut telah ditutup.
Sekadar info, mengikut pertuduhan, ‘ustaz’ terbabit didakwa melakukan perbuatan liwat terhadap pelajarnya di antara 20 November 2020 hingga 14 Mac lalu di sebuah rumah di Teluk Kumbar, Pulau Pinang.