“Wow Nak Apply Masuk Please!” – Tak Sensitif, Berita Pelajar Diliwat 2 Jam Dibuat Gurau ‘Budak TikTok’

Kehidupan

“Wow Nak Apply Masuk Please!” – Tak Sensitif, Berita Pelajar Diliwat 2 Jam Dibuat Gurau ‘Budak TikTok’

Sedia maklum, baru-baru ini terdapat satu berita mengenai seorang pelajar junior telah menjadi mangsa liwat pelajar senior di pusat pengajian agama di Langkawi.

Difahamkan, mangsa berumur 16 tahun ketika itu berada dalam bilik asramanya sebelum didatangi pelajar senior, lalu diliwat selama dua jam.

Advertisement

Berita tersebut telah mendapat perhatian orang ramai hingga tular di platform TikTok. Bagaimanapun, komen-komen yang dilemparkan oleh pengguna platform tersebut sememangnya seperti tidak berperikemanusiaan.

Ada beberapa individu menjadikan berita tersebut sebagai bahan jenaka dan berkata ingin memasuki sekolah berkenaan kerana ingin merasai perkara yang sama.

Susulan itu, terdapat seorang pengguna Twitter telah memuat naik tangkap layar beberapa komen individu tidak bermoral itu di laman Twitternya dan ciapan tersebut telah mendapat perhatian warganet, dimana rata-ratanya berasa berang apabila membaca komen-komen terbabit.

Meninjau di ruangan komen ciapan itu, netizen berkata ini merupakan salah satu punca kenapa banyak mangsa enggan mendedahkan apa yang dilalui oleh mereka kerana wujud manusia seperti ‘budak TikTok’ terbabit.

Malah, ada juga berkata ‘budak TikTok’ itu semua tidak mempunyai sifat sensitif langsung sedangkan perkara yang dilalui oleh mangsa itu sangat teruk.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 bulan lalu

"Ingatkan Bibik Dia.." - Kongsi Gambar Bersama Ibu, Anna Jobling Kecewa Netizen Komen 'Buruk'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...