‘Saya Takut Hilang Saya Punya Karier’ – Lastik Anjing, Posmen Jumpa Pemilik Mohon Maaf

Trending

‘Saya Takut Hilang Saya Punya Karier’ – Lastik Anjing, Posmen Jumpa Pemilik Mohon Maaf

Baru-baru ini tular di media sosial video berdurasi 21 saat menunjukkan seorang lelaki dalam pakaian seragam Pos Malaysia melastik seekor anjing. Perbuatan tersebut telah mengundang rasa marah orang ramai sehingga dia telah diambil tindakan gantung tugas oleh majikan.

3 years ago

Seorang Posmen Digantung Kerja Selepas Video Lastik Anjing Tular

Advertisement

Terbaru, menerusi perkongsian video di Instagram, Shahrol Shiro memaklumkan posmen dan pemilik anjing telah pun berdamai. Posmen yang dikenali dengan nama Dollah bersama beberapa orang telah bertemu mata memohon maaf di atas perbuatannya.

 
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)

Katanya lagi, kunjungan mereka telah disambut baik oleh En Siva dan Puan Magesh. Mereka juga dilayan dengan penuh kemesraan sehingga titik penyelesaian ditemui.

“Saya mohon maaf sangat. Abang tahu la kerja pos gaji bukan besar mana. Saya takut hilang saya punya karier. Saya minta maaf bang.”

Menerima permohonan maaf tersebut, En Siva tidak mahu memanjangkan isu dan memahami tugas posmen yang berdepan dengan tekanan serta cuaca yang tidak menentu.

 
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)

Bersimpati dengan nasib yang menimpa posmen tersebut, Shahrol memohon pihak syarikat menarik semula hukuman gantung kerja memandangkan dia mempunyai keluarga yang perlu disara. Dollah juga telah belajar daripada kesilapan dan benar-benar menyesal.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...