Seorang Posmen Digantung Kerja Selepas Video Lastik Anjing Tular

Trending

Seorang Posmen Digantung Kerja Selepas Video Lastik Anjing Tular

Baru-baru ini viral satu video berdurasi 21 saat menerusi akaun Facebook Malaysia Independent Animal Rescue (MIAR) yang memaparkan seorang lelaki dengan berpakaian seragam Pos Malaysia bertindak melastik mata seekor anjing peliharaan menggunakan getah di sebuah perumahan di Kluang, Johor.

Advertisement

Ekoran kejadian itu, mata kiri anjing tersebut mengalami kecederaan dan pihak Pos Malaysia sangat kesal atas tindakan yang dilakukan oleh posmen itu.

Sehubungan itu, pihak Pos Malaysia mengambil tindakan segera ke atas posmen berkenaan kerana tindakannya yang tidak berperikemanusiann terhadap anjing itu.

“Kami telah mengenalpasti posmen yang berada dalam video itu dan dia telah digantung kerja sementara menungu hasil siasatan. Pos Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan kesalahan daripada pekerja kami dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas termasuklah menamatkan perkhidmatan mereka”

Tidak berakhir di situ, warganet yang juga turut kesal melihat kejadian itu menggesa supaya pihak Pos Malaysia mengambil tindakan tatatertib ke atas posmen berkenaan.

Difahamkan, wakil daripada Pos Malaysia ingin berjumpa dengan pemilik anjing untuk berbincang mengenai hal itu tetapi pemilik anjing tersebut enggan berbuat demikian.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...