Selepas 7 tahun mengendalikan program CCTV, pengacara dan penyanyi, Aril Pilus mengakui dirinya kini sedang menganggur sejak program itu menamatkan siaran pada Mei lalu.
Enggan menjadikan situasi itu sebagai tiket untuk meraih simpati, Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus berkata dia bersyukur dengan cara hidupnya yang sederhana.
Menurutnya, kehidupan yang bersederhana sedikit sebanyak membantu dirinya menguruskan kewangan keluarga walaupun tidak mempunyai sumber pendapatan.
Tipulah kalau cakap saya tak terkesan. Bila jadi macam ni, saya bersyukur sekurang-kurangnya saya ni bukan jenis orang yang suka hidup bermewah-mewahan.
Jelas Aril, dia bersyukur kerana tidak mempunyai pengetahuan mengenai penggunaan kad kredit mahupun berhutang dengan pihak bank dan hanya mempunyai komitment pada bayaran kereta dan bil harian.
Alhamdulillah walaupun dah tak ada kerja sekarang, saya belum lagi terdesak sehingga terpaksa meminjam duit orang.
Namun, penyanyi lagu Emosi itu enggan putus semangat dan kini ingin menceburi bidang akademik kerana berhasrat untuk berkongsi pengalamannya sepanjang 13 tahun di dalam industri seni.
Buat sementara waktu, saya cuba bangkit semula perlahan-lahan. Saya akan buat sahaja semua sekarang demii survival.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.