Bagus!!! Ada ciri-ciri seorang penyanyi yang bakal berjaya si Aina ini. Dikritik kerana penampilan umpama makcik-makcik oleh Adlin baru-baru ini, Aina enggan mengambil pusing dan tidak terasa hati dengan kritikan tersebut. Walaupun kebanyakan peminat melahirkan rasa tak puas hati dengan komen Adlin, nampaknya Aina menerima segala pandangan demi untuk memperbaiki diri di masa hadapan. Bagus betul!!!
Kata Aina menerusi portal GUA:-
Komen adalah guru terbaik saya. Semua komen juri dan peminat yang saya terima adalah merupakan satu cabaran buat saya untuk saya berusaha dengan lebih lagi dalam usaha memperbaiki diri. Saya sendiri tak kisah atau terasa hati apabila dikatakan berpenampilan macam makcik-makcik kerana bagi saya, fesyen boleh diperbaiki. Apa yang penting, saya terima semua komen untuk penambahbaikan dalam diri saya
Sementara itu mentor Aina iaitu Ella turut meluahkan perkara yang sama iaitu tetap menerima komentar daripada Adlin. Kata Ella:-
Saya berterima kasih atas teguran itu. Berkenaan dengan imej Aina, selepas ini saya dan pasukan akan meneliti gaya dan cara fesyen yang bersesuaian dengan Aina dan umur Aina. Kami akan cuba beberapa gaya hijab dan fesyen untuk Aina gayakan. Pada masa yang sama, kami tak mahu apa yang kami pakaikan pada Aina melanggar batas-batas Aina sebagai seorang gadis yang mengenakan hijab. Jadi selepas ini kami akan mengambil berat mengenai teguran itu
Untung Aina ada mentor yang sehebat Ella. Dengar kata-kata Ella pun dah tau betapa luasnya pengalaman ratu rock ini. Diharap gaya hijab dan fesyen yang akan dikenakan oleh Aina pada minggu ini tidak melampaui batas sehingga menyakitkan mata. Kalau maintain fesyen minggu lalu pun okay dah. Sedap mata memandang. Tak gitu? Apa pula pandangan anda?