Semalam, Shah Iskandar mengakui beliau bakal berkahwin dengan kekasih Siti Sarah pada awal tahun hadapan. Selalunya akan ada satu tanggapan dimana seseorang artis itu akan kurang popular dan akan hilang peminat apabila mereka membuat keputusan untuk berkahwin. Ini perkara yang agak mencabar kerana tanpa peminat kerjaya artis itu tidak mustahil boleh terkubur begitu sahaja.
Namun buat Shah, keputusan beliau untuk berkahwin sama sekali tidak akan menjejaskan kerjaya lakonan beliau dan tidak pernah akan timbul rasa risau dihati jika peminatnya akan hilang.
Kerjaya masih akan terus sama selepas berkahwin nanti. Tidak fikir untuk slow down setelah hidup berdua. Mungkin akan perlahankan kerjaya lakonan setelah mendapat anak pertama nanti.
Para peminat yang betul-betul minat pastinya faham keputusan saya untuk berkahwin. Malah mereka juga selama ini sering menyuruh saya segera berkahwin. Peminat tegar tidak akan lari dan sentiasa menyokong kerjaya saya.
Menyedari langit tidak selalunya cerah, Shah bersama seorang rakan kongsi kini sudah mula berjinak didalam bidang perniagaan dan sedang mengusahakan sebuah Mode Market di Quill City Mall, Kuala Lumpur yang memberi peluang untuk peniaga online meletakkan produk jualan mereka
Riwayat seorang pelakon tidak sama seperti dunia korporat yang melangkah dari satu pangkat ke pangkat lain. Saya hanya akan terus berlakon dan tidak tahu sampai bila boleh bertahan melainkan bertukar profesi menjadi pengarah atau penerbit.
Perlu ada pendapatan lain untuk diri sendiri. Malah kalau mengikut sunah pun tidak salah mencuba apa sahaja kerja selagi ia halal. Saya tak boleh nak harapkan seratus peratus pendapatan dari dunia lakonan sahaja.
Semuanya bergantung kepada rezeki, tak semestinya kahwin adalah penamat kepada kerjaya anda bukan? Apa yang penting kualiti kerja harus dijaga dan tidak membosankan penonton nanti. InshaAllah, mungkin selepas kahwin tup-tup Shah Iskandar lebih popular..Heh..