“Saya Tak Tahu, Kepala Otak Saya Macam Ni, Malu” – Suami Orang Ditangkap ‘Skodeng’ Tandas Wanita, Simpan 40 Video Di Telefon

Kehidupan

“Saya Tak Tahu, Kepala Otak Saya Macam Ni, Malu” – Suami Orang Ditangkap ‘Skodeng’ Tandas Wanita, Simpan 40 Video Di Telefon

Tular di media sosial semalam mengenai seorang lelaki yang telah dicekup oleh orang awam kerana didakwa mengintai di tandas wanita.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah tandas yang terletak di sebuah gedung di selatan tanah air pada pagi Ahad.

Advertisement

Lelaki itu bertindak menyamar sebagai wanita apabila dia memakai tudung dan selipar wanita.

Lelaki skodengSumber : TikTok  

Malah, suspek juga bergelar suami orang, sanggup memakai selipar milik isterinya selain memakai inai di kaki.

Dalam video yang tular itu, seorang wanita dilihat terpekik meminta kata laluan telefon bimbit miliknya dan lelaki itu ada berkata bahawa dia malu dirinya diperlakukan seperti itu.

Tahu malu. Kau masuk tandas perempuan, kau ingat perempuan tu tak malu?

Setelah diselidiki, lelaki berkenaan dilaporkan menyimpan lebih 40 video di dalam telefon bimbitnya.

Disoal mengenai statusnya sebagai suami orang, suspek memberikan alasan dirinya keliru dan mengaku inai di kakinya itu dibuat oleh isterinya sendiri.

Dah (kahwin). Saya tak tahu, kepala otak saya macam begini hari ini. Malu.

Pihak polis telah memohon reman ke atas suspek untuk siasatan lanjut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mangsa tarik kerusi
6 months ago

"Kali Ini Saya Terduduk Dan Kecewa" - Ibu Kesal Pelajar Bergurau Kasar Tarik Kerusi, Anak Istimewa Patah Tulang Belakang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...