“Kali Ini Saya Terduduk Dan Kecewa” – Ibu Kesal Pelajar Bergurau Kasar Tarik Kerusi, Anak Istimewa Patah Tulang Belakang

Kehidupan

“Kali Ini Saya Terduduk Dan Kecewa” – Ibu Kesal Pelajar Bergurau Kasar Tarik Kerusi, Anak Istimewa Patah Tulang Belakang

Seorang ibu meluahkan rasa kesal dan kecewa mengenangkan anak perempuannya yang juga anak istimewa telah mengalami kecelakaan akibat kecuaian orang lain.

Difahamkan, anak perempuan wanita itu menghidap penyakit saraf cerebral palsy telah mengalami komplikasi patah tulang belakang setelah rakan sekolahnya bergurau dengan cara menarik kerusi secara tiba-tiba.

Advertisement

Dalam satu hantaran TikTok, si ibu, Azera Yazis ada menunjukkan keadaan anak, Putri Nur Atiqah,11, yang menangis menahan kesakitan.

Masa dia nak duduk tu ada kawan tarik kerusi sebagai gurauan. Anak saya jatuh terduduk. Iqa (anak) menangis sebab mungkin tulangnya terhentak.

Cikgu kelas pun terus maklumkan pada saya, minta datang segera untuk ambil dia di sekolah.

Setelah dibawa ke hospital, doktor mengesahkan Putri mengalami komplikasi patah tulang coccygeal yang minimal, lebam pada tulang dan benjolan cakera.

tarik kerusiSumber : TikTok  

Berikutan itu, Putri sudah tidak dapat berjalan dengan sempurna dan duduk seperti dahulu.

Selama ini saya struggle nak besarkan Iqa yang ada cerebral palsy. Saya ajar dia berdikari macam anak-anak yang lain, tapi kali ini saya terduduk dan kecewa.

Maklum Azrea, ibu bapa kepada si pelaku hanya berjumpa dengan mereka selepas enam hari kejadian.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil mendoakan yang terbaik buat keluarga Azera dan kesembuhan yang baik buat adik Putri Nur Atiqah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Puteri Kasim kena tipu
6 months ago

"Siap Beli Rumah, Kereta, Bela 'Anak Ikan' Di Kolej" - Founder Kosmetik Dedah Staff Seleweng Duit Syarikat Lebih RM400K

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...