Tular di media sosial semalam mengenai seorang lelaki yang telah dicekup oleh orang awam kerana didakwa mengintai di tandas wanita.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah tandas yang terletak di sebuah gedung di selatan tanah air pada pagi Ahad.
Lelaki itu bertindak menyamar sebagai wanita apabila dia memakai tudung dan selipar wanita.
Malah, suspek juga bergelar suami orang, sanggup memakai selipar milik isterinya selain memakai inai di kaki.
Dalam video yang tular itu, seorang wanita dilihat terpekik meminta kata laluan telefon bimbit miliknya dan lelaki itu ada berkata bahawa dia malu dirinya diperlakukan seperti itu.
Tahu malu. Kau masuk tandas perempuan, kau ingat perempuan tu tak malu?
Setelah diselidiki, lelaki berkenaan dilaporkan menyimpan lebih 40 video di dalam telefon bimbitnya.
Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai terlibat dengan perbuatan mengintai di tandas wanita di sebuah pasar raya.#AWANInews #AWANIpagihttps://t.co/rbScPV7teR
— Astro AWANI (@501Awani) October 23, 2023
Disoal mengenai statusnya sebagai suami orang, suspek memberikan alasan dirinya keliru dan mengaku inai di kakinya itu dibuat oleh isterinya sendiri.
Dah (kahwin). Saya tak tahu, kepala otak saya macam begini hari ini. Malu.
Pihak polis telah memohon reman ke atas suspek untuk siasatan lanjut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.