Secara jujurnya, Abang Nara pun tak tahu escargot atau dalam bahasa Melayunya, siput babi adalah haram untuk dimakan. Secara jujur juga tak pernah terlintas di hati ini untuk makan siput babi. Tengok bentuknya pun dah geli semacam. Memang tak selera lah. Namun tindakan Neelofa baru-baru ini yang berkongsi gambar dirinya memakan escargot ketika berada di kota London telah menimbulkan kritikan para peminatnya. Ada yang mencemuh Neelofa kerana memakan sesuatu yang haram.
Enggan terus dipersalahkan, Neelofa telah tampil memaklumkan yang dia tidak mengetahui tentang status haram escargot itu. Iyerlah, escargot adalah satu makanan eksotik yang sukar didapati. Di Malaysia yang femes adalah siput sedut, bukannya siput babi. Bila di oversea baru lah ada makanan pelik-pelik sebegini. Kalau orang adventurous memang suka cuba mencuba makanan sebegini. Kata Neelofa:-
Saya jadi terkejut apabila ia menimbulkan perbalahan antara pengikut di Instagram selepas saya memuat naik gambar itu. Saya amat teliti dan menitikberatkan makanan yang saya ambil termasuklah gambar yang mahu dikongsikan kepada umum. Kalau saya tahu status halalnya meragukan sudah tentulah saya takkan sentuh pun makanan itu.
Mungkin di masa akan datang, sebelum kita mencuba mana-mana makanan yang pelik dan tidak diketahui status halalnya, perkara pertama yang boleh dilakukan ialah membuka laman web E-Fatwa JAKIM. Kebanyakan status halal haram sesuatu makanan itu ada dikongsikan di portal ini. Sekurang-kurangnya kita dah periksa dulu sebelum telan makanan tersebut. Nak lagi selamat, makanlah siput sedut masak hijau. Pergh!!! Lazat tak terkata!!! Sumber Harian Metro.