Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Neelofa Dikecam Peminat Kerana Makan Siput Babi?

Neelofa telah dikecam oleh peminat beliau apabila memuat naik foto memakan siput babi di Instagram beliau. Pengacara dan pelakon tersebut yang kini berada di London telah ditegur  dengan hukum-hakam agama Islam mengenai makanan berkenaan.

Advertisement

Escargot adalah perkataan dalam bahasa Perancis yang merujuk kepada sejenis siput yang dikenali dalam Bahasa Malaysia sebagai siput babi dan menurut Majlis Fatwa Kebangsaan ianya haram untuk dimakan.

Hukum tersebut telah diterangkan secara jelas di laman sesawang jabatan tersebut. Berikut adalah penjelasan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan.

Walaupun kedapatan beberapa jenis siput babi seperti helix aspersia dan helix pomatia, tetapi kedua-duanya adalah tergolong dalam genus yang sama iaitu Genus Helix. Dalam Bahasa Arab, siput babi dikenali sebagai halazun.

Mungkin kali ini ada betulnya kritikan daripada peminat meskipun teguran mereka itu kadang-kadang kasar serta berbaur sindiran. Neelofa haruslah berhati-hati dalam memilih makanan sebelum ia dijamah.

Sumber Hukum Agama:  Portal Rasmi Fatwa Malaysia

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama