“Saya Tak Tahu Apa-Apa, Dapat Info Disaman Pun Dari Orang Komen ‘Live’ IG” – Nabila Huda

Hiburan

“Saya Tak Tahu Apa-Apa, Dapat Info Disaman Pun Dari Orang Komen ‘Live’ IG” – Nabila Huda

Pelakon Nabila Huda memberitahu di Instagram bahawa dirinya tidak tahu menahu soal isu saman yang dikenakan terhadapnya berikutan kes menuduh seorang wanita ‘mengambil’ barang bantuan untuk mangsa banjir baru-baru ini.

Menurut Nabila Huda atau mesra dipanggil sebagai Abil, dia mengetahui isu ini apabila seorang pengikutnya meninggalkan komen berkenaan isu ini di Instagram Live beliau dan sudah semestinya berasa terkejut serta pelik.

Advertisement

Just imagine, saya di saman, tapi saya tak tahu. Saya tahu dari followers yang tengah tengok live saya. Macam mana keadaan ni. Confuse kejap.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Dalam pada itu, dia turut berkata dia tidak tahu bagaimana kenyataan tentang isu saman itu sudah diketahui oleh pihak media sedangkan dirinya sendiri tidak menerima sebarang surat lagi.

nabila huda tak tahu disamanSumber : Instagram  

Sebelum ini, pelakon filem Munafik ini dipercayai telah menuduh seorang wanita berlaku tidak amanah dan mengambil bantuan mangsa banjir yang diletakkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sungai Lui, Hulu Langat.

Tambahan lagi, pengacara Melodi ini turut didakwa telah menyalahguna platform media sosialnya sehingga membuatkan reputasi wanita itu terjejas dan susulan itu, wanita tersebut telah melantik seorang peguam bagi meneliti tindakan apakah yang sesuai diambil untuk Abil.

Aktivis saman Nabila Huda
2 years ago

Tuduh Aktivis Wanita Curi Bantuan Mangsa Banjir, Nabila Huda Bakal Disaman Fitnah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...