Pelakon Nabila Huda memberitahu di Instagram bahawa dirinya tidak tahu menahu soal isu saman yang dikenakan terhadapnya berikutan kes menuduh seorang wanita ‘mengambil’ barang bantuan untuk mangsa banjir baru-baru ini.
Menurut Nabila Huda atau mesra dipanggil sebagai Abil, dia mengetahui isu ini apabila seorang pengikutnya meninggalkan komen berkenaan isu ini di Instagram Live beliau dan sudah semestinya berasa terkejut serta pelik.
Just imagine, saya di saman, tapi saya tak tahu. Saya tahu dari followers yang tengah tengok live saya. Macam mana keadaan ni. Confuse kejap.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, dia turut berkata dia tidak tahu bagaimana kenyataan tentang isu saman itu sudah diketahui oleh pihak media sedangkan dirinya sendiri tidak menerima sebarang surat lagi.
Sebelum ini, pelakon filem Munafik ini dipercayai telah menuduh seorang wanita berlaku tidak amanah dan mengambil bantuan mangsa banjir yang diletakkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sungai Lui, Hulu Langat.
Tambahan lagi, pengacara Melodi ini turut didakwa telah menyalahguna platform media sosialnya sehingga membuatkan reputasi wanita itu terjejas dan susulan itu, wanita tersebut telah melantik seorang peguam bagi meneliti tindakan apakah yang sesuai diambil untuk Abil.