“Saya Tak Suruh Pun Mereka Tengok..” – Netizen Meluat Tengok ‘Muka Selenga’ Suami, Ain Edruce Anggap ‘Content’ Untuk Kenangan

Hiburan

“Saya Tak Suruh Pun Mereka Tengok..” – Netizen Meluat Tengok ‘Muka Selenga’ Suami, Ain Edruce Anggap ‘Content’ Untuk Kenangan

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Ain Edruce serta suaminya, Amirul Hafiz telah menerima kecaman daripada segelintir netizen yang mendakwa mereka sudah meluat melihat perkongsian pasangan ini di media sosial.

Buat konten bukan untuk sedapkan hati orang

Meskipun dikritik orang ramai, Ain tidak cepat melatah dan berpendapat segala konten yang dikongsikan di media sosial bersama pasangannya itu bukan untuk memuaskan hati mana-mana pihak. Sebaliknya, dia menganggap itu sebagai satu kenangan buat keluarganya.

Advertisement

Sebenarnya Ain buat konten dengan suami Ain ni semua bukannya untuk sedapkan hati atau buat orang ramai suka dekat Ain.

 

Ain sebenarnya buat konten dengan suami sebagai kenangan, jadi saya simpan dalam saya punya TikTok, jadi konten tu saya akan sentiasa buat. Terpulang dekat orang kalau nak tengok ke tak, saya tak suruh pun mereka tengok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

Muka suami dilabel ‘selenga’

Sementara itu, ditanya soal netizen yang melabel wajah suaminya sebagai ‘muka selenga’, pengacara ini berkata dia tidak terjejas dengan kenyataan tersebut. Malah, wajah suaminya itu yang membuatkan dia jatuh hati dahulu.

Muka tu memang dah lama Ain tengok, sebelum bercinta pun memang muka tu, selepas bercinta, selepas berkahwin pun muka tu.

 

Jadi bila orang kata muka dia macam tu tak ada rasa apa-apa. Untuk pengetahuan orang ramai, sebab muka itu lah saya jatuh cinta dengan dia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

Untuk rekod, Ain Edruce telah sah bergelar isteri kepada Amirul Hafiz pada 13 September 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bersama.

ain
8 months ago

"Tak Pernah Aku Rasa Sakit Macam Ni.." - Ain Edruce Kongsi Kisah Keguguran Anak Kedua, Alami Pendarahan Teruk

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...