“Tak Pernah Aku Rasa Sakit Macam Ni..” – Ain Edruce Kongsi Kisah Keguguran Anak Kedua, Alami Pendarahan Teruk

Hiburan

“Tak Pernah Aku Rasa Sakit Macam Ni..” – Ain Edruce Kongsi Kisah Keguguran Anak Kedua, Alami Pendarahan Teruk

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara popular, Ain Edruce mendedahkan berita sedih yang telah mengejutkan ramai apabila diketahui telah keguguran ketika hamil anak keduanya.

Raya tidak boleh dilupakan

Melalui hantaran yang dikongsikan di akaun Instagram milik aktres ini, dia mendedahkan kronologi kisah tersebut hingga ke saat dia disahkan keguguran. Dalam video berkenaan, Ain melihatkan dia dan suami serta keluarga gembira mendapat berita kehamilan itu.

Advertisement

Namun, dalam video yang sama, Ain menceritakan dirinya mengalami pendarahan yang banyak hingga terpaksa dikejarkan ke hospital hingga akhirnya tidak dapat menyelamatkan kandungannya.

Simpan ini untuk kenangan.

 

Betul lah orang cakap sakit gugur tu lagi sakit dari bersalin. Waktu ni aku pendarahan non stop. Tak pernah aku rasa sakit macam ni dalam hidup aku. Ubat painkiller paling kuat pun tak dapat fight betapa sakitnya aku masa ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

Anak pertama turut sedih

Lebih menyayat hati apabila melihat anak sulung Ain iaitu Soraya turut bersedih ketika mengetahui situasi ibunya itu. Ain berkata, puterinya itu amat teruja untuk mendapat adik baru namun terpaksa redha mendengar berita tersebut.

Soraya paling happy. Asyik cium perut aku je.

 

Soraya cakap dekat aku, “it’s okay later Allah give new baby adik”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

Sekadar info, Ain telah sah bergelar isteri kepada suaminya yang merupakan seorang usahawan, Amirul Hafiz Mustaffa, pada Disember 2019 lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

eli tan
2 weeks ago

"Tak Tahu Bila Lagi Saya Akan Hamil.." - Elizabeth Tan Alami Keguguran Di Awal Kehamilan, Harapan Jadi Ibu Terhalang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...