Susulan mengambil Ira sebagai model, ramai yang mahu memboikot produk berkenaan serta tidak lagi mahu mengikuti akaun media sosial usahawan terbabit.
Sedar ramai yang meluahkan rasa tidak puas, Aliff Syukri tampil membuat video penjelasan bahawa dirinya tidak menyokong mana-mana pihak, sama ada Ira ataupun bekas isteri Syamsul, Puteri Sarah.
Saya tak sokong Ira dan saya pun tak sokong Puteri Sarah!
Dalam pada itu, dia turut memohon agar orang ramai tidak memboikot produk terbarunya itu serta kembali follow akauan media sosialnya buat netizen yang sudah unfollow.
Bahkan Aliff juga berkata dia pernah mengambil Puteri Sarah sebagai model produk tudung sarungnya sebelum ini.
Sedia maklum, beberapa hari yang lalu kecoh di media sosial meluahkan rasa kesal selepas usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri mengambil isteri, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sebagai model produk terbarunya.