“Tak Minat Sokong Penyondol Macam Ni!” – Gara-Gara Ambil Ira Kazar Jadi Model, Netizen Nak ‘Boikot’ Aliff Syukri?

Hiburan

“Tak Minat Sokong Penyondol Macam Ni!” – Gara-Gara Ambil Ira Kazar Jadi Model, Netizen Nak ‘Boikot’ Aliff Syukri?

Baru-baru ini, usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri telah membuat ramai terkejut setelah dia mengambil isteri, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sebagai orang yang mempromosikan produk terbarunya.

Dapat dilihat dalam video yang dikongsikan oleh Aliff di TikTok, Ira bersama seorang influencer memakai produk kosmetik terbaru iaitu Delima Lip Butter.

Advertisement

Hal yang mendapat perhatian apabila Ira kelihatan tersenyum lebar dan cantik mengenakan solekan simple sambil mempromosikan produk itu.

Menjengah di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dan mahu ‘memboikot’ produk berkenaan kerana isteri Syamsul Yusof berada disitu.

komen

komen

Bahkan, ada juga yang mengambil keputusan untuk tidak lagi mengikuti akaun TikTok Aliff disebabkan mengambil wanita itu bekerja sekali.

Sekadar info, pada awal Januari tahun ini, Syamsul Yusof mengumumkan bahawa dia telah bernikah bersama Ira Kazar di Thailand berwalikan bapa wanita itu. Tetapi perkahwinan tersebut dilakukan tanpa izin isteri pertama, Puteri Sarah waktu itu yang sekarang ini sudah pun berpisah dengan pengarah terbabit.

aliff syukri ira kazar model
8 months ago

(VIDEO) Satu Langkah Jadi Model, Ira Kazar Dilihat Buat 'Photoshoot' Tudung Jenama Aliff Syukri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...