Seperti diketahui ramai, baru-baru ini tular satu video di platform media sosial memaparkan seorang wanita berasal dari negara luar dengan beraninya berdiri di atas menara tertinggi di Asia Tenggara iaitu Merdeka 118.
Susulan video terbabit menjadi tular, ramai netizen Malaysia mempertikai tindakannya dan meminta pihak tertentu mengambil tindakan terhadap wanita tersebut.
Tidak kisah dengan kecaman ramai, wanita dikenali sebagai @AngelaNikolau_ itu bangga menceritakan pengalamannya serta ‘perjalanan’ berdiri di atas bangunan tersebut.
??The time has come and I’d love to share the giga story how I climbed the incredible Merdeka 118??
Couldn’t help adding @steveaoki music here as it was playing in my head when I was standing on top of the world.
Feel the dizziness of being there with meBack to the story? pic.twitter.com/PYtwbzLX9T
— Angela Nikolau (@AngelaNikolau_) January 4, 2023
Menurutnya, dia telah jatuh cinta dengan Merdeka 118 dan mengambil tindakan menyelinap masuk ke dalam bangunan tersebut dengan memakai uniform pekerja berserta hijab tanpa dikenali.
Lebih daripada 20 jam Angela duduk di dalam satu tempat yang kecil untuk menyorokkan diri hingga satu badan berasa sakit tanpa menjamah sebarang makanan ataupun minuman.
Setelah mendapati pekerja sedang berehat, wanita tersebut memutuskan untuk teruskan perjalanan menaiki ke puncak Merdeka 118 dan berasa sangat kagum melihat cuaca yang cantik pada hari tersebut.
Angela turut sempat menegaskan bahawa dia hormat undang-undang negara dan tidak merosakkan apa-apa ketika melakukan tindakan ekstrem tersebut biarpun sedar memasuki bangunan itu secara ‘haram’.