Merdeka 118 Kini Rasmi, Jadi Menara Tertinggi Di Malaysia Dan Asia Tenggara!

Berita

Merdeka 118 Kini Rasmi, Jadi Menara Tertinggi Di Malaysia Dan Asia Tenggara!

Sebagai mercu tanda baharu tanah air kita, Merdeka 118 kini secara rasminya telah menjadi menara yang paling tinggi di Malaysia serta Asia Tenggara dan pencapaian tersebut direkodkan setelah penyempurnaan puncak menara itu berlangsung pada 30 November lalu.

Menara yang mempunyai 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter itu juga telah dinobatkan sebagai menara kedua yang paling di dunia selepas Burj Khalifa, Dubai yang setinggi 828 meter.

Advertisement

Sebelum ini, pemegang menara kedua paling tinggi di dunia adalah Shanghai Tower pada ketinggian 632 meter.

Menara tertinggi di duniaSumber : Murai My 

Dalam pada masa yang sama, Merdeka 118 yang diinspirasikan dari figura Perdana Menteri Malaysia pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Al-Haj ketika melaungkan merdeka itu difahamkan mempunyai 83 tingkat pejabat manakala selebihnya menjadi hotel mewah Park Hyatt.

Menara 118Sumber : Murai My 

Salah satu tarikan utama Merdeka 118 ini adalah dek pemerhatian yang terletak di atas menara dan juga merupa dek pemerhatian paling tinggi di Asia Tenggara.

Para pengunjung juga boleh menikmati 360 darjah bandaraya Kuala Lumpur dan tidak lupa juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti mencabar seperti berjalan di luar menggunakan tali pada ketinggian 500 meter.

Memang menarik ni!

Selain itu kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Bunga Isme
2 years ago

“Ingat Ini Pesta Luar Negara Ke?” - Netizen Tegur Bunga Isme Menari-Nari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai MY

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...