Isu mengenai pengarah filem Mat Kilau iaitu Syamsul Yusof mengahwini wanita lain, Ira Kazar masih menjadi bualan serta kecaman ramai.
Lagi-lagi apabila Syamsul memuat naik hantaran di Instagram mengucapkan selamat pagi dan meminta kedua-dua isteri untuk kekal sabar ketika ini.
Belum reda dengan situasi tersebut, Puteri Sarah tampil berani memuat naik foto bersertakan kapsyen meminta pengarah berkenaan melepaskannya.
View this post on Instagram
Menurut pelakon jelita tersebut, oleh kerana suaminya masih block dan tidak mahu berbincang, maka Sarah mengambil keputusan untuk berkata sedemikian di laman Instagramnya.
Bahkan, ibu kepada dua orang cahaya mata itu meluahkan dirinya tidak sanggup untuk bermadu dengan isteri kedua, Ira Kazar.
Sekadar info, Syamsul Yusof memaklumkan dirinya sudah pun bernikah dengan anak perempuan pelakon veteran, Kazar iaitu Ira Kazar di Thailand dan pengumuman tersebut di lakukan di laman Instagram, 6 Januari lalu.